Secara umumnya tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji cara pembuatan songkok yang terdapat di Negara Brunei Darussalam. Kami telah meneliti dari alat-alat yang digunakan dalam pembuatan songkok pada masa dulu dengan membandingkan penggunaan alat teknologi sekarang. Dimana terdapat perubahan dan peningkatan dari segi penggunaan bahan dan alat dalam pembuatan songkok itu.
Adapun objektif kajian songkok ini adalah :
* Untuk mengetahui bidang pembuatan songkok terutama dalam proses pembuatannya dan jenis-jenis yang ada.
* Memberi pendedahan kepada orang ramai bahawa songkok adalah satu hasil kesenian dan kraftangan yang terdapat di Negara kitani
* Menganilisis bahan dan alat-alat yang digunakan dalam pembuatan songkok dulu dan sekarang
* Melihat cabaran dalam persaingan songkok