INFORMAN





Kami telah menemuramah seorang informan iaitu Cikgu Masni binti Sudin, Penolong Guru tukang songkok di Pusat Kesenian dan Kraftangan Brunei pada masa ini. Beliau mula berkecimpung dalam pembuatan songkok ini pada tahun 2006 setelah tiga tahun mengikuti kursus yang telah diadakan di Pusat Kesenian tersebut.
Beliau mempelajari cara pembuataan songkok ini disebabkan minat yang mendalam dalam bidang kesenian. Di dalam keluarga hanya beliau seorang saja yang pandai membuat songkok dan tidak ada waris atau keluarga lain yang ada membuat songkok. 

Setelah tamat kursus beliau telah mengikuti bengkel pembuatan songkok bagi tempahan pihak-pihak kerajaan untuk kegunaan resmi seperti Jabatan Perdana Menteri, Polis Di Raja Brunei , pihak Universiti Brunei Darussalam dan sebagainya. Pada tahun 2006 beliau bekerja sebagai tukang pembuat songkok di Pusat Kesenian dan Kraftangan Brunei dan pada tahun 2007 beliau telah diambil bekerja secara tetap di Pusat Kesenian dan Kraftangan sebagai pembuat tukang songkok tetap. Setelah beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 2011 beliau telah menjadi tenaga pengajar bagi mengendalikan kursus yang dikelolakan oleh Pusat Kesenian dan Kraftangan Brunei.

Menurut beliau, dalam sehari beliau boleh menghasilkan dua biji songkok iaitu tanpa ukiran atau sulaman jika penempah inginkan ditambah sulaman di tepi songkok itu akan memakan masa dua atau tiga hari untuk disiapkan.
Setiap pembuat songkok itu mempunyai ‘trend mark’ atau tanda pengenalan tersendiri bagi setiap songkok yang mereka hasilkan. Iaitu sulaman yang di buat pada dalam atas songkok. Trade mark bagi Cikgu Masni ialah Ombak beralun, Cincang rabung dan Silang Pangkah. Semua hasil songkok yang beliau hasilkan telah disulam dengan trend mark antara ketiga-tiga nama di atas.

Menurut Cikgu Masni lagi, kursus yang diadakan ini adalah bagi menggalakkan belia-belia yang berminat untuk mendalami bidang pembuatan songkok disamping sebagai mempertahankan warisan bangsa daripada pupus ditelan zaman. Rata-rata orang Melayu mengambil jalan mudah dengan membeli saja di kedai-kedai tanpa menghiraukan kualiti dan mutu pembuatannya terutama songkok yang diimport dari luar negeri. Disamping itu juga faktor utamanya kenapa bidang ini tidak begitu menonjol ialah disebabakan proses pembuatannya yang memerlukan tahap
kesabaran dalam pembuatannya, kekemasan jahitan serta aspek ketelitian diutamakan untuk menghasilkan songkok yang berkualiti tinggi.







Jumlah Paparan Halaman