PENGENALAN



APA ITU SONGKOK?

Sejenis hiasan dikepala atau topi tradisional bagi kaum lelaki sejak dulu lagi bagi masyarakat Melayu. Ianya juga sebahagian dari pelengkap pakaian bagi baju  Melayu dan di pakai di dalam berbagai-bagai majlis yang di adakan seperti majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, kenduri kesyukuran, berkunjung ke rumah sanak-saudara pada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha atau upacara keugamaan dan  menunaikan solat. Malah sunat hukumnya bagi lelaki Islam memakai songkok jika ia dilakukan dengan ikhlas.

Di Brunei songkok menjadi pemakaian bagi masyarakat Melayu di dalam majlis-majlis  formal atau tidak formal dan secara tidak langsung mempamerkan kedudukan seseorang didalam sesuatu majlis itu. Selain itu songkok menjadi salah satu pakaian sekolah bagi pelajar, pasukan beruniform dan sebagainya. 



Jumlah Paparan Halaman