KEGUNAAN ALAT-ALATANNYA:
v Kayu pembaris sebagai pengukur dan menyukat.
v Gunting untuk mengunting kertas, kain dan sebagainya.
v Tukul - untuk menukul bahagian pertamuan sudut dinding topi supaya rata
v Jarum tangan- untuk menyelurusuri menjahit bahagian pertamuan topi (kain hitam dan beludu)
v Jarum peniti- memasang kain beludu tampok atap topi bahagian bulatan supaya sama.(tidak kendur dan disemat pada bahagian dinding topi)
v Sapit-penyapit - untuk menahan dinding topi sebelum digunting semasa menjahit dan mengunting dinding supaya sama bentuk.
v Injen jahit - untuk menjahit
v Pelayar - untuk menarik jarum peniti daripada dinding songkok.
v Tape measure/penyukat kain - untuk mengukur size tinggi spongkok/mengukur kain, cotton collar, kertas.
v Kapur - untuk menggaris kain tekron, kain beludu
v Berus songkok - untuk membersih topi
v Harum peniti- untuk menyemat
v Penatas- untuk membuka jahitan yang salah
CARA MEMBUAT SONGKOK:
Membuat songkok mempunyai 3 proses. Ianya dijahit dengan teliti dan kemas agar hasilnya memuaskan hati pihak penempah. Untuk mendapatkan saiz songkok yang dikhendaki, ukur lilitan kepala dengan pita pengukur pada bahagian atas kening. Gunakan bacaan dalam unit inci. Sebagai contoh, jika ukur lilit yang diperolehi ialah 21 inci, maka saiz yang digunakan ialah 21". Jika mahu lebih selesa, ukuran boleh ditambah ¼ inci, jadi saiz yang sepadan ialah 21 ¼" dan sebagainya.
1. Langkah pertama membuat songkok, kertas kuning dipotong kecil empat segi panjang mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki untuk dijadikan asas atau lapis sebelah dalam tepi songkok.
2. Setelah itu lapis tepi tersebut dijahit sekelilingnya bersama kain tipis jenis tikron (warnanya terserah) pada muka sebelah dan di sebelahnya di lapis juga dengan sejenis kain cotton putih.Lalu lain tersebut dijahit bersilang sebanyaknya,ini untuk menegapkan tepi songkok dan meratakan susur tepi songkok agar tiada gelombang kain apabila dilapis kain baldu hitam nanti.
3. Langkah seterusnya,Hujung tepi bagi songkok dewasa akan dijahitkan ‘leader’ atau kulit hitam yang bertanda tetapi bagi songkok kanak-kanak,kebiasaannya ianya hanya dijahit dengan kain hitam biasa tanpa ada cop atau tanda.
4. Sesudah itu, tepi songkok ditemukan hujungnya lalu dijahit tanan rata. Kemudian pada temuannya itu ditukul agar nipis dan kemas apabila siap.
Proses kedua:- membuat atap songkok.
1. Sama seperti dinding tepi songkok, ianya dsukat dan dilapisi kain putih disebahnya dan sebelah lagi dibagi kain ‘tikron’.Lalu dijahit dan diukir bunga bagi memperindahkan lagi bahagian dalam songkok.
2. Lapis dalam tersebut lalu digunting mengikut size songkok yang dimahukan penempah. Selepas digunting tampok atap tersebut di temukan diatas tepi songkok dan dijahit tangan dengan teliti dan kemas.
Proses terakhir:-
Terakhirnya, baldu dilapiskan ke atap tampuk dan tepi songkok,disematkan dengan jarum peniti agar apabila menjahit akan menjadi kemas dan rata.
****************