JENIS JENIS SONGKOK

JENIS-JENIS  SONGKOK

Songkok mempunyai Jenis-Jenisnya tersendiri merangkumi kegunaan,tema,pekerjaan dan pangkat si pemakai. Ketika memilih songkok terdapat pembeli yang memilih warna lain selain hitam seperti ungu, hijau dan sebagainya untuk disedondonkan dengan pakaian mereka. Tetapi kebanyakan pemakai lebih selesa memakai songkok berwarna hitam. Bagi sesetengah pihak songkok hitam melambangkan kekemasan,elegan dan sesuai dengan apasahaja pakaian yang digunakan. Beberapa organisasi kerajaan memakai songkok berwarna yang melambangkan identiti pekerjaan mereka , seperti songkok berwarna biru untuk pegawai-pegawai Jabatan Laut,songkok berwarna hijau untuk angkatan tentera,songkok yang berlambang bagi menteri-menteri dan ahli adat istiadat di Raja.Setiap songkok mempunyai nilai dan lambangnya tersendiri dan hanya orang-orang yang tertentu berhak memakainya,lambang di songkok tersebut seakan-akan lambing kepada pangkat atau darjat ketinggian seseorang itu didalam sesebuah majlis rasmi.
Walaubagaimanapun sestengah songkok tidak mempunyai apa-apa maksud Cuma hanya untuk ia kelihatan menarik dan menonjol sahaja.Contoh jenis songkok, Sesetengah pembeli lebih suka membeli songkok dengan tepi yang dibangkitkan (ditinggikan) sedikit atau dipanggil "bergunung" ("pergunungan"). Jenis songkok ini mempunyai bahagian atas yang tidak rata. Terdapat juga songkok yang dihiasi dengan tali atau dengan beberapa hiasan di sepanjang tepi songkok yang dipanggil "berlis" ("dengan tali"). Pada masa kini ada juga sesetengah orang yang lebih suka songkok mereka "berkalimah" (secara literal, dengan ayat di atas) - biasanya nama Allah yang ditulis di atas songkok itu. Songkok Dewasa yang tingginya 3 inci adalah yang  biasa dipakai harian. Songkok Dewasa yang tingginya 3 1/2 inci adalah lebih segak dipakai di majlis. Songkok yang tingginya boleh dipilih dari 3 ½, 4, 4 1/2 , 4 3/4 inci.
Terdapat dua jenis ketinggian songkok yang dijual di kedai atau pasaraya iaitu songkok atasnya rata (songkok biasa) dan songkok atas tinggi (crown). Setiap songkok atas tinggi terdapat 3 lubang tebuk untuk pengudaraan supaya tidak berkuap dan tidak panas.
Jenis songkok yang terdapat di Negara Kita ialah songkok baldu kasar ( Kurang berkualiti), songkok baldu halus (Kualiti yang bagus) dan songkok bertenun tangan (sangat berkualiti).
Pada kebiasaannya rakyat biasa lebih suka membeli songkok baldu biasa sebagai pemakaian harian atau ‘basahan’ sehari-hari kerana ianya murah dan mudah didapati di mana-mana,manakala penggunaan baldu halus biasanya digunakan pada majlis-majlis tertentu yang istimewa seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, majlis perkahwinan dan sebagainya.Harga Songkok baldu halus adalah sedikit mahal dari songkok biasa kerana kualit baldunya dan mutu nya yang sangat memuaskan. Manakala songkok tenunan pula hanya dipakai oleh orang yang berkemampuan kerana harganya yang mahal berpatutan dengan kualiti yang mantap serta mutu yang tinggi .Ianya ditenun dengan kemas dan berhati-hati, kualitinya terserlah apabila dipakai oleh si pemakai, dengan sekali pandang boleh dilihat kualiti seni tenunannya yang halus.



Songkok Dewasa yang tingginya 3 inci adalah yang  biasa dipakai harian.






Songkok Dewasa yang tingginya 3 1/2 inci adalah lebih segak dipakai di majlis.


 
Songkok yang tingginya boleh dipilih dari 3 1/2, 4, 41/2, 43/4 inci.











**********************

Jumlah Paparan Halaman