NILAI


NILAI

Songkok mendapat sambutan terutama apabila menjelang sambutan Hari Raya aidilfitri, iaitu sambutan meraikan berakhirnya bulan Ramadhan. Bukan sahaja ibu bapa yang akan memakai pakaian yang baru malahan juga anak-anak mereka. Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan sesuatu yang signifikan, maka songkok dipakai hampir seluruh lelaki tidak mengira usia dan bangsa. Pemakaian songkok sudah tentu bukan untuk sepenuh masa akan tetapi ia dipakai ketika menghadiri acara  rasmi keagamaan dan kebangsaan. Terdapat juga mereka yang memakai songkok sebagai sebahagian daripada pakaian hariannya.
  


MENGEKALKAN



Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei telah ditubuhkan pada tahun 1975, di mana tiga tahun selepas penubuhan itu, pembuatan songkok dijadikan sebahagian kursus yang disediakan. 

Bagi pelajar yang telah tamat dalam kursus tersebut beberapa orang dari mereka telah membuka perniagaan sendiri dengan menggunakan asas kemahiran yang telah mereka pelajari selama tiga tahun.


****************

Jumlah Paparan Halaman