CABARAN DAN PEMASARAN


Cabaran dan Pemasaran.
Cabaran bagi pembuatan songkok ini banyak diantaranya Tidak ramai belia dan anak-anak muda yang berminat untuk mempelajari kesenian dan pertukangan tangan khasnya dalam cara pembuatan songkok. Mereka selalunya memandang rendah dengan hasil pembuatan songkok,bagi mereka terlampau banyak proses hendak dilakukan tetapi imbalannya tida membuahkan hasil yang banyak.. Sebab utama yang lain juga  ialah songkok siap sedia  dari luar telah banyak yang memasuki Negara,songkok siap sedia itu mudah diperolehi di kedai-kedai dan pasaraya yang berdekatan dengan harga yang jauh lebih murah daripada songkok yang ditempah. Harganya yang terlampau berpatutan tersebut telah mengalih minat rakyat untuk membeli songkok siapsedia dari luar yang mempunyai kualiti yang hampir sama dengan yang ditempah  dan ianya senang diperolehi dan mampu oleh sesiapa saja tidak kira mereka yang berpendapatan rendah ataupun golongan atasan.



Songkok juga kurang mendapat sambutan dari para pembeli dengan adanya persaingan di pasaran dengan ‘kopiah’ dan topi haji yang didakwa semakin terkenal. Kopiah ialah sejenis topi yang lembut dan boleh dilipat-lipat,ianya sangat murah dan senang dibawa kemana-mana. Manakala topi haji ada mempunyaim pelbagai definasi tetapi mengikut pemerhaian kami topi haji terbahagi kepada dua,topi haji yang bewarna putih berbentuk bulat,kadang-kadang seakan-akan songkok bentuknya tetapi berwarna putih dan boleh dilipat,selalunya dipakai oleh orang balik dari fardu haji dan umrah. seterusnya jenis kedua ialah topi haji yang berbentuk sangat ‘licak’,berbahankan spandex bergetah,mempunyai pelbagai warna yang menarik dan sangat ringan untuk dibawa kemana-mana malah boleh dilipat dan dimasukkan poket seluar atau baju,bila-bila diperlukan hanya dikeluarkan dari poket tanpa merosakkan topi haji tersebut. Menurut pengguna yang memakai atau membeli kopiah atau topi haji ini adalah kerana ianya merupakan trend baru masa kini lagipun mudah dibawa kemana-mana, kecil  dan murah.


Persaingan juga sangat hebat antara Pembuat songkok, Kerana terlamapau banyak pembuat songkok seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan walhalnya permintaan atau ‘demand’ yang ada tidak banyak juga telah membuatkan si pembuat songkok malas hendak menyambung perniagaan tersebut.

Dari segi pemasaran pula, Bidang pertukangan tangan songkok seakan perlahan-perlahan  pupus ditelan arus kemodenan yang serba canggih dan maju ini, Kurangnya pengiklanan di media masa,media cetak, media elektronik adalah sumber kepada kekurangan tersebut. Lagipula remaja sekarang ini lebih suka untuk tidak memakai songkok kalau menghadiri majlis, hanya di sekolah-sekolah masih diwajibkan bersongkok bagi pelajar-pelajar lelaki.Para pembuat songkok mestilah memasarkan produk songkok ke seluruh Negara.

Waktu permintaan yang tinggi penempahan songkok ialah pada Hari Raya Aidilfitri,selain itu pada permulaan persekolahan di awal tahun. Pada hari Biasa agak kurang permintaan pembuatan songkok selalunya penempahan songkok bagi majlis perkahwinan seperti hantaran, ada juga penempahan daripada jabatan-jabatan kerajaan untuk anggota pasukan yang beruniform seperti Angkatan Diraja Brunei,Angkatan Polis Diraja Brunei, Pasukan Bomba dan Penyelamat. 













****************

Jumlah Paparan Halaman