Perbezaan teknologi dulu dan sekarang,
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Dalam Hal pembuatan Songkok ini pula ada beberapa pebezaan yang dapat dilihat dari segi teknologo pembuatan songkok dahulu dan pembuatan songkok pada masa sekarang. Dari segi Mesin jahitnya ,pada masa dahulu mesin jahitnya adalah secara manual,menggunakan gerakan kaki digoyang dan ditekan pada alatan dan pusingan tangan yang pantas bagi memberi penghidupan pada mesin tersebut,manakala mesin jahit di zaman moden ini kain hanya perlu disorong dibawah jarum jahitan,lalu ditekan seakan akan pedal kaki lalu dengan sendirinya mesin jahit itu bergerak dan menjahit tanpa henti,tetapi apabila tekanan di pedal itu di berhentikan ,ia akan berhenti sertamerta.
Perbezaan jenis kertas dari suratkhabar dinaiktarafkan ke kertas kunning bagi memantapkan kualitinya, Kain putih dahulu pun berbeza dengan sekarang .
Dari segi kain Baldunya pula, dulunya hanya dua jenis baldu yang boleh didapati untuk digunakan sebagi lapis luaran songkok, dengan ada teknologi sains dan terciptalah pelbagai baldu dari serendah-rendah kualiti hingga semantap-mantap kualiti. Kegunaan baldu ini adalah menunjukkan mutu kualiti sesebuah songkok itu. Akhirnya adalah perbezaan benang zaman dahulu dikenali sebagai ‘nylon’,benang ini sangat lembut ia senang putus manakala zaman ini benang yang digunakan ada ‘rayon’ ianya sangat kuat,dan tegap,tidak mudah putus apabila dijahit kepada songkok,ia juga didapati dalam pelbagai warna,dan warnanya pula tidak mudah luntur.
Zaman dahulu | Zaman sekarang |
Suratkhabar | Kertas kunning |
Kain putih biasa | Kain cotton |
Mesin jahit ‘goyang kaki’ (manual) | Mesin jahit jenis singer (‘automatic’) |
Kain baldu lapis luar | Kain baldu boleh didapati bermacam-macam jenis dan warna. |
Benang nipis dikenali ‘nylon’ | Benang lebih tebal dikenali ‘rayon’ |