Assalamualaikum para pembaca. Kami telah diberikan tugasan membuat blog untuk mempamerkan kertas kerja dan hasil kajian kami dalam module “PB 2301 Komuniti dan Teknologi Fakulti” Akademi Pengajian Brunei bertajuk "Songkok". Kumpulan pengkaji songkok ini terdiri dua orang pelajar. Kajian Songkok kami mulakan dengan menemuramah tenaga pengajar di Pusat Kesenian di Jalan Kota Batu. Di sana kami berpeluang untuk melihat sendiri cara-cara pembuatan Songkok, alatan yang diperlukan dan proses-proses yang dilakukan untuk menghasilkan songkok oleh pelajar yang berkursus khasnya dalam bidang pembuatan songkok.
Tenaga pengajar yang kami temuramah ialah Cikgu Masni binti Sudin. Beliau dengan baiknya mengalu-alukan kedatangan kami untuk menemuramah beliau.