SEJARAH SONGKOK



Terdapat berbagai-bagai andaian mengenai asal songkok.  Ada yang berpendapat songkok itu berasal dari India dan Pakistan dan di popularkan oleh orang Indonesia yang berugama Islam dalam bentuk ‘tarbus’ atau fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi terkenal menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam melayu. Songkok mula menjadi antara pakaian pengikat kepala di dalam dunia peradaban Melayu nusantara sewal abad ke 20 kerana lebih selesa berbanding setanjak, semutar dan  tengkolok. 


Songkok mula diperkenalkan kepada rakyat Brunei oleh peniaga-peniaga Arab lebih enam atau tujuh ratus tahun yang lampau. Setelah beberapa lama, memakai songkok menjadi satu tradisi dan sinonim dengan bangsa Melayu. Maka ia menjadi terkenal bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia, selatan Thailand.

Umumnya hiasan di kepala untuk lelaki di Negara Brunei Darussalam boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:

1. Dastar- sehelai kain yang diikat sekitar kepala.
2. Songkok atau Kopiah- sejenis topi yang dibuat dari baldu.
3. Tengkolok atau Serban- seperti serban yang biasa dipakai oleh masyarakat di timur Tengah.


ASAL

Rekabentuk nya menjadi ikutan oleh pembuat songkok dan sehingga ke hari ini  ditambah dengan pengubahsuaian sepanjang masa mengikut peredaran zaman dengan diberi nafas baru seperti lilitan tenun, batik mahupun di semat kerongsang. Kebanyakkan songkok di hasilkan dalam warna hitam iaitu  warna asli songkok tetapi hari ini kita dapat melihat ia direka dalam pelbagai warna seperti merah, biru tua, hijau tua berserta corak dan hiasan. Songkok dapat diperolehi dalam pelbagai warna bagi memenuhi permintaan dan cita rasa penempahnya. Manakala harganya bergantung pada saiz, bahan yang digunakan, corak dan juga hiasannya.
Maka tidak hairanlah jika seseorang itu memiliki sekurang-kurangnya dua songkok dengan berlainan warna untuk disesuaikan dengan warna pakaian mereka. 





****************

Jumlah Paparan Halaman